Sunday, November 23, 2008

my return

Assalamualaikum…
Actually, aku tak terfikir untuk membuat blog tapi disebabkan ternampak kawan membuat blog aku tergerak untuk mempunyai blog sendiri. Aku sebenarnya kureng pandai menulis tapi disebabkan keboringan tahap dewa peringkat kelapan merangkap tahap gaban maka aku terusakan saja penulisan pertama aku ini. Tapi setelah beberapa ketika berfikir, aku terfikir sekiranya aku ada blog sendiri maka aku dapat meluahkan apa saja yang aku suka. Banyak benda yang aku nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog aku ni. Aku nak cerita tentang dunia, hidup, manusia, perang dan macam-macam lagi. Aku sebenarnya tak sabar-sabar lagi nak kongsi cerita aku tapi memandangkan aku agak sibuk 2 3 hari ni, maka tak dapat la aku menulis sekarang. Sebenarnya adik lelaki aku dah nak melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya, maka dengan itu sebagai seorang abang, aku pun turut menolong keluarga menyiapakan persiapan perkahwinannya. Semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu mereka.
Aku akan kembali dengan cerita-cerita aku…

Wassalam.


Hostel AMO Pejabat Kesihatan Lahad Datu

22 november 2008/ahad/11:40PM

2 comments:

Giluk said...

huuu...mantap wo blog ko..apa2 pn selamat berblog!!.

nidleline said...

thanks bro...
sama2 la kita maju dalam blog... peace!!!