Friday, November 23, 2012

my 2012 return...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hola... lama suda ndak update ni... mo 4 tahun suda.. hahah.. pa2 pun aku harap kmu semua sihat...
actually, bukan xmau update tp sejak 4 tahun lepas mcm xda keinginan mo tulis pa2.. xtau mo tulis apa..
tp akhirnya perasaan itu hilang..
dulu wakut stat buat blog ni, aku masih lagi student... hahha... skang suda keja la.. 
apa2 pun syukur kepada Allah S.W.T, yang memberi rezeki dan memberi aku peluang untuk aku bernafas dibumiNYA yg serba indah ini..
dan ini yang membuatkan aku untuk berkongsi pengalaman hidup aku dengan kamu semua..
nantikan cerita aku...
peace..
lets pray for Gaza,Save Gaza.

Tuesday, November 25, 2008

Group F (julai/2006)


setahun bukan masa yang singkat. setahun banyak benda yang kita kongsi bersama, suka, duka, marah, sedih, kecewa dan macam-macam lagi la... banyak kenangan pahit dan manis yang kita kongsi bersama. kita mempunyai karenah, pendirian, sikap, perangai sendiri namun kita berjaya juga menghadapi setahun bersama. walaupun ada ketidakpuasan dalam hati, namun kita berjaya juga hidup rukun selama setahun. kita masing2 ada kelebihan dan kelemahan tapi dalam masa setahun bersama, kita cuba yang terbaik untuk diri kita, kawan kita dan hidup kita agar tidak ada masalah besar yang timbul. tidak ku nafikan, perselisihan faham ada juga terjadi diantara kita namun itu tidak bermakna kita tidak dapat hidup bersama. sedangkan adik beradik boleh berselisih faham ini kan pula kita yang hanya baru beberapa tahun kenal. aku tidak akan lupa segala kenangan semasa bersama dengan kamu semua. Kawan, maafkan aku sekiranya aku pernah menyakiti hati kawan, yang tersedar mahupun tanpa sedar. mungkin pernah aku marah, tapi tidak pernah aku sekali-kali menyimpan dalam hati. semoga sentiasa berjaya dalam apa yang kita mahukan. bertemu lagi di arca yang lain....


Jr. Sibah Lee aka Jaru
seorang yang baik hati, sentiasa mem'backup' ahli kumpulan yang lain bila ada masalah. Kasihan dia, admit ke wad sebelum penempatan praktikal bermula.

Mohd. Ezlanney Abd. Razak aKa 'hensem boy'.
Ahli kumpulan yang paling muda dan dedikasi dengan kerja yang dilakukan. ada wallpaper.... hehehe

Mohd. Shairolnizam Shul aKa ejan.
seorang yang lawak juga. seorang yang peramah dan kadang2 gila2 juga. apa macam orang tawau?... hehehe

Presley Jose aKa pinsan, the cool man.
banyak orang suka dia ni, tapi dia tetap setia kepada yang 3 ( eh salah ka? heheh)... erm begini kita bincang dulu...

Sahudin Wazim aKa Nidleline
..... ermm... blank plak kalau mau tulis pasal diri sendiri... :-p
hahahha...


benie ledisko touch

i'm so admire with her touch,the way she make her pictures. its so beautiful. I really cant deny it. she's only 18, but her works is more than an amateur work, almost Pro. keep it up girl...
(sorry coz i grab ur pic without ur permission) peace :-p

Info/
photographer : Benie yOunger Sister
Model : Benie Ledisko
Edited by : Benie LedisKo
















Monday, November 24, 2008

dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu

Boring dan penat.. hanya itu yang dapat aku fikirkan semasa driving dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Sendirian memandu memang meletihkan, tetapi sebenarnya rasa bosan memandu lebih dirasai dari penat. Dengan isian minyak pertama hanya sebanyak Rm40 (meter minyak ada 3 bar lagi ging) di stesen minyak petronas Lahad Datu, aku memulai perjalanan 'solo' aku pada jam 9.53 pagi pada hari isnin (24 november2008). Disebabkan menunggu barang aku sampai dari KL, maka terpaksalah aku bersendirian balik. sebenarnya, kalau barang yang aku bid dan menang di www.lelong.com.my sampai pada masa yang aku jangka tidaklah aku bersendirian balik ke Kota Kinabalu. Sebelum Final Exam bermula, aku dah rancang segalanya dengan baik tapi aku redha dengan ketentuan dariNYA.(Amin). Pasti ada hikmah disebalik semuanya.
sebenarnya ini adalah kali kedua aku memandu sendiri. Pertama kali, masa balik dari 'cuti' study week, dari KK ke LD. Masa tu betul-betul menguji pengalaman aku memandu. Dah la time tu hujan, mengantuk lagi.....betul-betul aku teruji, tapi Alhamdullilah akhirnya selamat sampai ke destinasi juga.
Perjalanan hari ini pun agak mencabar juga, namun kerana tekad aku untuk sampai awal dan selamat aku memandu agak laju tapi berhati-hati. Tepat jam 4.12 petang aku sampai di Jambatan Tamparuli. Aku tak sangka aku boleh sampai seawal ini. Semasa dalam perjalanan, aku hanya berhenti di stesen minyak shell Batu 32 Sandakan a.k.a Checkpoint. Itu pun hanya sekejap sahaja, sekadar kencing sahaja. Mungkin dalam 5 minit sahaja, selepas itu aku teruskan perjalanan. hampir terlupa, aku ada juga membeli minuman sarsi di stesen itu. aku teruskan perjalanan tanpa mengisi minyak, aku yakin dengan baki minyak yang ada masih boleh sampai di Ranau. Yakin jak aku ni ging...
we'll be right back after the commercial break (ngantuk dah ni)

My Room/Penampang
24 november 2008/isnin/12:05pm

Sunday, November 23, 2008

my return

Assalamualaikum…
Actually, aku tak terfikir untuk membuat blog tapi disebabkan ternampak kawan membuat blog aku tergerak untuk mempunyai blog sendiri. Aku sebenarnya kureng pandai menulis tapi disebabkan keboringan tahap dewa peringkat kelapan merangkap tahap gaban maka aku terusakan saja penulisan pertama aku ini. Tapi setelah beberapa ketika berfikir, aku terfikir sekiranya aku ada blog sendiri maka aku dapat meluahkan apa saja yang aku suka. Banyak benda yang aku nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog aku ni. Aku nak cerita tentang dunia, hidup, manusia, perang dan macam-macam lagi. Aku sebenarnya tak sabar-sabar lagi nak kongsi cerita aku tapi memandangkan aku agak sibuk 2 3 hari ni, maka tak dapat la aku menulis sekarang. Sebenarnya adik lelaki aku dah nak melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya, maka dengan itu sebagai seorang abang, aku pun turut menolong keluarga menyiapakan persiapan perkahwinannya. Semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu mereka.
Aku akan kembali dengan cerita-cerita aku…

Wassalam.


Hostel AMO Pejabat Kesihatan Lahad Datu

22 november 2008/ahad/11:40PM