Tuesday, November 25, 2008

Group F (julai/2006)


setahun bukan masa yang singkat. setahun banyak benda yang kita kongsi bersama, suka, duka, marah, sedih, kecewa dan macam-macam lagi la... banyak kenangan pahit dan manis yang kita kongsi bersama. kita mempunyai karenah, pendirian, sikap, perangai sendiri namun kita berjaya juga menghadapi setahun bersama. walaupun ada ketidakpuasan dalam hati, namun kita berjaya juga hidup rukun selama setahun. kita masing2 ada kelebihan dan kelemahan tapi dalam masa setahun bersama, kita cuba yang terbaik untuk diri kita, kawan kita dan hidup kita agar tidak ada masalah besar yang timbul. tidak ku nafikan, perselisihan faham ada juga terjadi diantara kita namun itu tidak bermakna kita tidak dapat hidup bersama. sedangkan adik beradik boleh berselisih faham ini kan pula kita yang hanya baru beberapa tahun kenal. aku tidak akan lupa segala kenangan semasa bersama dengan kamu semua. Kawan, maafkan aku sekiranya aku pernah menyakiti hati kawan, yang tersedar mahupun tanpa sedar. mungkin pernah aku marah, tapi tidak pernah aku sekali-kali menyimpan dalam hati. semoga sentiasa berjaya dalam apa yang kita mahukan. bertemu lagi di arca yang lain....


Jr. Sibah Lee aka Jaru
seorang yang baik hati, sentiasa mem'backup' ahli kumpulan yang lain bila ada masalah. Kasihan dia, admit ke wad sebelum penempatan praktikal bermula.

Mohd. Ezlanney Abd. Razak aKa 'hensem boy'.
Ahli kumpulan yang paling muda dan dedikasi dengan kerja yang dilakukan. ada wallpaper.... hehehe

Mohd. Shairolnizam Shul aKa ejan.
seorang yang lawak juga. seorang yang peramah dan kadang2 gila2 juga. apa macam orang tawau?... hehehe

Presley Jose aKa pinsan, the cool man.
banyak orang suka dia ni, tapi dia tetap setia kepada yang 3 ( eh salah ka? heheh)... erm begini kita bincang dulu...

Sahudin Wazim aKa Nidleline
..... ermm... blank plak kalau mau tulis pasal diri sendiri... :-p
hahahha...


1 comment:

goooooood girl said...

your blog is so good......